CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, July 30, 2012

Cinta Sejati ----->Allah s.w.t ----->ibu bapa ----->?

Assalamualaikum,

               Hari ini Ain ingin kongsi satu pengalaman dan perasaan Ain dalam mencari cinta sejati , mengerti dan memahami cinta sejati yang sebenar-benarnya dan juga proses untuk mendapat cinta sejati.




               Sekarang Ain mengerti bahawa jika kita ingin mendapat cinta manusia, kita pertama sekali mesti  memberi dan menerapkan cinta kita terhadap pencetus ataupun pencipta cinta itu sendiri iaitu Allah s.w.t.
Baru Ain sedar, dengan mencintai Allah dari segala-galanya,selain dari keluarga(ibu bapa) kita, maka akan timbul satu perasaan(cinta) yang tidak boleh diluahkan oleh kata-kata. Dan ia merupakan satu perasaan yang hanya diri kita sendiri dan Allah s.w.t sahaja yang mengetahui.


               
                Ain sedar bahawa ,perasaan cinta Ain terhadap lelaki belum muncul atau timbul kerana Ain tahu cinta Ain terhadap Allah masih perlu di tambah dengan sepenuh raga. Ain kadang-kadang terfikir apa makna cinta kita terhadap manusia sekiranya cinta kita terhadap Allah hanya sedikit berbanding cinta kita terhadap manusia.




                Di sini, Ain bukan ingin mengatakan cinta yang wujud di antara lelaki dan perempuan (tanpa ikatan) itu salah atau tidak kerana Ain sendiri tidak mempunyai ilmu yang mencukupi...Tapi dengan adanya cinta daripada ikatan yang sah (direstui oleh Allah + IbuBapa).......bukankah cinta itu lebih bermakna????


P/S :-----Ain akan sambung lagi tentang kesedaran Ain mengenai cinta sejati.......Wassalam

0 comments:

Post a Comment