CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, August 28, 2013

KESEDARAN DIRI DALAM MENCARI CINTA & KEREDHAAN-Nya

              Assalamualaikum sahabat-sahabat di Malaysia mahupun di seluruh pelusuk dunia. Rasanya, sudah lama saya tidak menulis di blog ni kann??? Salah satu sebabnya ialah kerana sejak kebelakangan ini saya sibuk dengan studies, small business (jual hijab-->shawl,halfmoon and bags di laman facebook -->A2Hijab) and other stuff as well....

             So, as for today, the post or entry or nukilan yang ingin saya sampai di blog saya ini ialah tentang kesedaran dalam mencari cinta dan keredhaan Allah s.w.t. Sepanjang minggu ini, saya (dalam proses menghabiskan novel yang bertajuk Suami Ekspress) dan saya tahu, ramai yang berpendapat membaca novel sebegini ataupun novel cinta ini tidak mendatangkan faedah mahupun ilmu. Akan tetapi, dalam setiap novel yang saya baca novel Melayu mahupun Inggeris, di dalam setiap novel itu terdapat juga mesej-mesej yang berguna serta ilmu pengetahuan yang kita jarang mengambil tahu ataupun kurang arif.

             Sebagai contoh, novel yang saya sedang membaca sekarang iaitu novel Suami Ekspress karya  Fieyta An Nisa ini, terdapat pelbagai ilmu,mesej yang amat berguna kepada saya kerana setiap penulisan yang diketengahkan memberi  saya satu semangat untuk memperbaiki diri saya untuk menjadi seorang hamba Allah yang ingin mencari cinta dan keredhaan Allah s.w.t. Saya sedar kita sebagai manusia, terdetik satu keinginanuntuk mencintai atau dicintai oleh manusia. Tetapi semakin kita mencari cinta manusia, semakin kita lupa yang mencari dan mencintai Allah adalah lebih penting atau utama dari mencari cinta manusia. Ini kerana, perasaan cinta kita terdapat manusia kian berubah mengikut persekitaran mahupun situasi tertentu.

             Cinta dari Allah bagi saya ialah, cinta yang amat berharga sebagai manusia kerana segala dugaan, cabaran,kesenangan, hikmah, rezeki yang diturunkan kepada kita ialah kerana Allah sayang akan ciptaanNya tidak kira warna kulit,bangsa, language ataupun lain-lain. Hari demi hari, saya mula sedar jika ingin mencari cinta atau ingin menjalinkan hubungan di kalangan manusia, kita lebih dahulu perlu mengukuhkan hubungan kita dengan Allah. Jika kita tidak cuba mengukuhkan hubungan kita dengan Allah, bagaimana kita ingin mengukuhkan hubungan kita di kalangan manusia? 

            Saya suatu ketika dahulu pernah ingin merasa bagaimana rasanya bercinta dengan manusia yang bernama lelaki, akan tetapi hari demi hari, saya sedar, sebelum kita ingin menjalinkan hubungan dengan seseorang, saya perlu memperbaiki diri untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik dari hari semalam. Saya tahu, siapalah saya ingin menegur,memberi nasihat kepada sahabat-sahabat yang lain, tetapi tiada salah jika kita ingin sama-sama menuju dan mencari cinta dan keredhaan Allah s.w.t kann?????

            Saya rasa setakat ini saya penulisan pada hari ini, In sya Allah, jika ada masa yang lapang, akan saya kongsikan pandangan dan isi hati saya tentang perjalanan hidup saya,nasihat mahupun tips-tips yang berfaedah.....Wassalam



0 comments:

Post a Comment